macam mana dengan tips yang di beri hari yang lepas? sudah praktis ka belum? Kalau belum, adik-adik di nasihatkan agar segera mempraktiskannya bermula dari hari ini. Kerana pelajar cemerlang akan segera melakukan sesuatu yang bermanfaat tanpa melengah-lengahkannya. Baiklah, sekarang, tips yang seterusnya. Diharap segala tips ini akan dapat membantu adik-adik semua dalam pembelajaran di sekola. INSYAALLAH. :)
KESEMBILAN ( berikan tumpuan kepada mata pelajaran yang lemah )
jika anda lemah dalam Bahasa Inggeris dan Matematik contohnya, peruntukkanlah masa yang lebih untuk mengulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan mengabaikan mata pelajaran yang kurang disukai. Buatkan tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan yang lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap pening. Jangan jadikan Tidak Faham, Tidak Ingat atau Tidak Pandai sebagai alasan untuk berhenti mengulangkaji.
* jangan mencari alasan dalam belajar *
KESEPULUH ( Merapatkan Diri Dengan Rakan-rakan )
Rapatkan diri dengan rakan-rakan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana cara mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seprti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi pendapat dan soalan yang anda buat dengan merka. Ini akan mengaktfkan suasana tolong- menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.
*berbincang bersama rakan-rakan*
Jadikan diri anda sebagai contoh kpada adik-aik yang lain. Beritahu merka "Jangan membuang masa dengan aktiviti yang tidak bermanfaat" . Semakin anda memberikan galakan, semakin tinggi semangat anda untuk menjadi conoh terbaik dalam kelarga anda. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
KEDUABELAS ( Imbangkan Masa Kokurikulum dan Akademik )
Jika anda berada dalam tahun peperiksaaan, jangan terlalu menumpukan perhatian dalam kokurikulum sahaja kerana ini akan melalaikan anda dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa mengulangkaji yang cukup dirumah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika minimatersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu bangun di awal pagi untuk mengulangkaji.
*ambil masa untuk menglangkaji *
p/s : selamat beramal. Sampaikan juga kepada kaum keluarga.
0 comments:
Post a Comment