0

ADAB TERHADAP GURU

assalamualaikum adik-adik.baikalah, setelah kita belajar dan mengetahui mengenai adab-adab terhadap ibu bapa, kita beralih pula kepada adab terhadap guru.adik-adik, siapa guru? mengapa kita perlu beradab terhadap mereka?emm,, pasti ada yang dapat menjawab soalan ini.. GURU dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh yang merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan). 



Adab Murid Terhadap Guru Mengikut Imam al-Ghazali

  1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
  2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
  5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
  6. Jangan mengumpat pelajar lain.
  7. Jangan berbisik di hadapan guru.
  8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
  9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
  11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
  12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
  13. Jangan duduk tempat guru.
  14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
  16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
  17. Muliakan anak-anak guru.
  18. Selalu berhubung dengan guru.
  19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
  20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.


*memberikan tumpuan semasa guru mengajar*



*sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk guru*



ADAB-ADAB YANG TIDAK WAJAR DILAKUKAN TERHADAP GURU

# Suka menyampuk percakapan guru.

# Meninggikan suara apabila bercakap dengan guru.

# Tidak memandang muka guru apabila bercakap.

# Tidak meminta izin apabila hendak keluar ke tandas.


*perbuatan tidak beradab terhadap guru*




KESAN BERADAB TERHADAP GURU

( ^_*)  Disukai dan diredhai oleh ALLAH.

( ^_*)  Ilmunya diberkati.

( ^_*) Disayangi oleh guru.

(^_*) Disukai oleh rakan-rakan.








p/s : semoga segala ilmu yang diperolehi diberkati dan dapat digunakan untuk kebahagiaan didunia dan juga akhirat. 
may ALLAH bless :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Back to Top