0

++ tips belajar cemerlang ++ (part II)

kelima ( mengikut jadual sepenuhnya )
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biarpun anda tidak suka belajar pada suatu masa bukan sahaja buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggungjawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.




keenam ( mencuba soalan tahun lalu )
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawab soalan pada setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan orak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaaan.

ketujuh ( ulang sebanyak kali yang boleh )
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akan dilakukan. Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biarpun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan anda untuk lulus dengan cemerlang.


kelapan ( sentiasa bertanya kalau tidak faham )
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biarpun anda sudah faham, anda masih boleh bertanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda kakak atau abang anda. Kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Back to Top