ADAB TERHADAP IBU BAPA

Assalamualaikum adik-adik.


Hari ini kita akan belajar cara-cara untuk beradab terhadap ibu bapa.  Diharapkan selepas adik-adik belajar, adik-adik akan dapat :



  • Mengetahui adab-adab terhadap ibu bapa dan kelebihannya.
  • Menyatakan kelebihan beradab dengan ibu bapa.
  • Membezakan kesan dan akibat beradab terhadap ibu bapa.
  • Bercakap dengan lembut, sedap didengar dan tidak menyinggung perasaan mereka.


KENAPA KITA WAJIB BERBAKTI KEPADA IBU BAPA?

Kalau kita berbakti kepada ibu bapa, ALLAH akan :

- Memberi ganjaran pahala dan ampunkan dosa kita
- Suka dan redha kepada orang yang berbakti kepada ibu bapa.


Kita juga wajib berbakti kepada ibu bapa kerana :

- Amalan ini di tuntut dalam Islam
- Untuk membalas jasa ibu bapa kita.
- Supaya anak kita akan berbakti kepada kita pula.
- Menjamin keutuhan institusi keluarga.




TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA
  • Berdoa dan memohon ampun untuk mereka.
  • Merendah diri dan menghormati mereka.
  • Berbuat baik kepada rakan mereka.
  • Berbakti kepada merka pada bila-bila masa.
  • Taat perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.


ADAB TERHADAP IBU BAPA

  1. Percakapan
  • Bercakap dengan lembut, hormat dan sopan santun.
  • Merendahkan suara di hadapan mereka.
  • Menumpukan perhatian ketika mereka bercakap.
  • Menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi.
  • Menggunakan bahasa yang baik ketika bercakap.


* bersalaman dengan mereka *

    2.  Pergaulan

  • Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka.
  • Memberi hormat dan salam semasa bertemu dengan mereka.
  • Mencium tangan mereka sebelum ke sekolah dan sebelum tidur.
  • Jangan mndahului mereka ketika menjamah makanan.
  • Jangan melunjurkan kaki kearah mereka ketika duduk.


CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

  1. Semasa Hidup
  • Menjaga mereka semasa tua dan sakit.
  • Memberi nafkah kepada mereka.
  • Selalu menziarahi mereka sekiranya tidak tinggal bersama-sama.
  • Mendoakan kesejahteraan mereka.

                                                               * Doa kepada Ibu Bapa *


     2. Setelah meninggal
  • Mendoakan keampunan kepada mereka.
  • Membayar hutang mereka sekiranya ada.
  • Melaksanakan wasiat mereka.
  • Berbuat baik kepada sahabat mereka.


*mendoakan ibu bapa apabila mereka meninggal dunia *


KESAN BERADAB TERHADAP IBU BAPA

  • Mendapat keberkatan hidup.
  • Disayangi Keluarga.
  • Mendapat ganjaran pahala.
  • Ikatan keluarga bertambah kukuh.
  • Mendapat balasan syurga di akhirat.


AKIBAT DERHAKA TERHADAP IBU BAPA

  • Runtuh institusi kekeluargaan.
  • Kehidupan tidak diberkati.
  • Mengancam keharmonian masyarakat.
  • Dikenalan azab di akhirat.





  *azab neraka itu sangat pedih di akhirat *






1 comments:

madyraber said...

Titanium and its rings have been coated with graphite - The
Titanium and its rings have been coated with graphite It titanium wood stoves was constructed by making a babyliss pro nano titanium curling iron high-performance revlon titanium max edition graphite. This made the titanium knee replacement top layer suitable for sunscreen with zinc oxide and titanium dioxide

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Back to Top